30 September 2008

PROGRAM RAYA - MILA TERLIBAT

PROGRAM: SAMPAIKAN SALAM RAYA

(disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2,

Plaza Alam Sentral,Shah Alam)

STESEN TV: TV3 MASA : 4.30 PETANG

TARIKH : RAYA PERTAMA DAN RAYA KEDUA

p/s: mila hanya terlibat pada malam raya

(pada jam 11 mlm-2pg) salam live tv3 akan disiarkan.

insya allah.

----------------------------------------------------------------
PROGRAM: EWAH EWAH RAYA

STESEN TV: TV3 MASA : 4.30 PETANG

TARIKH : RAYA PERTAMA & RAYA KEDUA

"Menampilkan gabungan empat pengacara iaitu

Nabil Raja Lawak, Raja Azura, Shamsul Ghau

Ghau dan Amyza Adnan, program ini

akan turut dijayakan oleh Mas Idayu, Datuk M.Daud

Kilau, Farahdhiya, Mila dan Danny X-Factor yang

bukan saja akan menyertai 'game show'

tersebut, tetapi juga akan membuat persembahan."

"ASALNYA daripada dua konsep iaitu 'ewah-ewah'

dan 'dangdut raya', akhirnya dipadatkan menjadi

satu program diberi judul Ewah-Ewah Raya.

Program muzikal dan gameshow ini akan

bersiaran pada hari raya pertama dan kedua

bermula jam 4.30 petang. "


p/s: disamping menjayakan gameshow, mila juga

mendendangkan satu lagu raya.----------------------
PROGRAM: RIA SENTRAL

STESEN TV: ASTRO RIA MASA : 11.30 PAGI

TARIKH : RAYA KEDUA
p/s: Ria sentral ni, menarik kerana ia berkisarkan

seperti sebuah ceritera pendek. sambil menghadiri

rumah terbuka hani, artis artis akan berbual secara

santai.. program ni lebih relax n santai.-----------
PROGRAM: RAKAMAN."DIA MILA"

(uma davom) –

*Mesti tgk pasal buat di rumah VP,

eleza737 bersama Mila n Da VOM

yang lain.huhu*

STESEN TV: RTM1 MASA : 9 mlm.

TARIKH : RAYA PERTAMA

p/s: berkisarkan cerita tentang kehidupan mila

sebelum dan selepas bergelar artis.----------------
PROGRAM: AMBOI AMBOI AMBOI RAYA

STESEN TV: ASTRO PRIMA MASA : 11.30 PAGI

TARIKH : insya allah raya pertama

"AAA akan menemui saluran Astro Prima pada

setiap Khamis, jam 9 malam bermula 6 November

depan. Bagaimanapun, sempena raya ini,

AAA Raya akan disiarkan pada jam 11.30 pagi di

saluran yang sama dengan menampilkan tiga selebriti

popular tanahair iaitu Dafi, Rozita Che Wan dan Mila

sebagai tetamu."

p/s: rancangan ni, biasa lah, more to jawap gosip2

huhuhuhu.. disamping ada sedikit drama tentang rumah

terbuka azwan ali.--------

KALAULAH AKU JADI

STESYEN TV: TV3 MASA : 3.30PM (INSYA ALLAH)

TARIKH :RAYA KETIGA

P/S: menampilkan mawi, mila dan juga ikhwan(hot fm) bila

dibeeri tugasan

yang berbeza dari rutin harian.. tunggu... menarik tau


SEMOGA SEMUA TERHIBUR...
SELAMAT HARI RAYA

26 September 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Photobucket
Kad raya Mila tahun ni


Photobucket





KAD RAYA RIZ
Kad Raya pertama Riz



Photobucket



Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. :D


p.s Kad2 Raya ini hasil ilham kreatif saudara azlan (lan). ;)

22 September 2008

Jangan Pisahkan Da VOM & Mila

jangan....


pisahkan

Da VOM & Mila


biarkan kami tetap bersama


di dalam suka dan duka

kita..
sudah terlalu mengenali..ibarat mengenali tapak tangan sendiri..
corak dan laku sudah dapat dibaca,hingga riak muka sekilas difahami...
begitu akrabnya kita!
mampukah terpisahkan???


Namun sepanjang perhubungan ini,bukan semuanya seindah pelangi
banyak waktunya kita diuji...
hanya kesabaran menjadi benteng, diiringi doa dan tawakal yg tak pernah putus..
cekal yg masih bertahan, harapan yg tetap ada,
penantian yg terasa menyeksa dan pengorbananan yg tak sudah

Badai melanda? kita tetap cuba berdiri..
agar cinta kita tidak dikikis dan dugaan itu begitu dasyhat..
adakalanya airmata seperti sungai alirannya.
mana mungkin kita berpisah setelah segalanya kita hadapi?

Kita, tetap percaya
takdir itu bukan kita merancangnya..
hanya pada Tuhan kita berserah, agar jodoh itu tetap dipihak kita

Jangan pisahkan kami!
kasih sayang ini anugerah terindah..
terasa ia lembut membelai hati..
membasuh duka-duka yg sendu..
membuatku tersenyum seketika, walau dalam hiba dan sayu

Jangan pisahkan kami!!
kumohon padamu Tuhan..
satukan kami dalam persahabatan ini..
jangan biarkan kami sengsara..
dengan kata2 yg bias membuat kami melara..
moga mereka sedar,
sekumpulan jiwa ini sudah tak bisa dipisahkan lagi..

Da VOM.. itu kami..

Jangan pisahkan kami..

Sesungguhnya x kami relai ..jangan pisahkan kami.. jangan...



Sajak oleh :

Intan Beckham

21 sept 08


Biar cinta terhalang gunung dan samudra
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauhi ada di depanku
Takkan goyang sumpahku terhadap dirimu

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Korus:
Jangan pisahkan
Da VOM & Mila
Tuhan tolonglah
Kami cinta Mila
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta diuji bak lautan gelora
Aku setia menjulang namamu dijiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti, hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita


Khas buat Da VOM dan Mila. Begitu mendalamnya bait2 puisi dan lirik lagu ini kepada kami......
Jangan pisahkan kami..

12 September 2008

Photobucket

Kepada sesiapa yang berminat, sila buat pembayaran ke :
Maybank Berhad
Nor Azwana Hamid
1140 1203 1325

Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 12 September 2008, Jumaat

Sila emailkan slip pembayaran & butir-butir lengkap ke bendahari.davom@yahoo.com atau fax kepada 03-2058 0155

Kutipan derma meja ke meja akan dibuat semasa majlis berlangsung. Kepada sesiapa yang berniat ikhlas untuk memberi sumbangan amatlah dialu-alukan.

"Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima".




Photobucket

Bagi yang bakal menghadiri ke Majlis Berbuka Puasa ini, sila pastikan kehadiran anda pada pukul 5.00 pm okey.