Alhamdulillah, Da VOM bakal meraikan anniversary yg ke 2 bulan Julai ni.
Terlalu banyak kenangan2 terindah sepanjang kami bersama.
Event pertama Da VOM ialah pada 29 July 2009 iaitu gath pertama & perasmian Da VOM di Desa Water Park.
Selepas itu bermacam2 event telah Da VOM organised dan sepanjang itu juga lah berbagai rintangan dugaan melanda, suka dan duka silih berganti.
Namun Da VOM dan Mila umpama di cincang air tidak putus.Tak tahu kenapa kami masih di sini.Kami di Da VOM sudah umpama adik beradik.Bila ada event je Da VOM akan bermiting sampai almost hari2 pun jumpa. Port yang paling femes ialah MCD Amp park dan lepas miting makan celup2.
Terlalu banyak aktiviti/event yang sudah kami anjurkan.Antaranya:
1) Perasmian Da VOM di Desa Water Park
2) Majlis Seprais Hari jadi Mila di Concorde Hotel
3) Bowling Da VOM di One Utama
4) Bowling Da VOM di Times Square
5) Event Raya di Zon on the Park
6) Majlis Sinar Persis Mutiara Mila & Da VOM bersama anak2 yatim & warga istimewa
7) Anniversary Da VOM yg pertama di Restoren Gembira
8) Cuti2 Da VOM & Majlis hari jadi Mila di Pengkalan Balak,Melaka
9) Kutipan Derma Tabung Gaza di Pangsun anjuran Da VOM
dan banyak lagi.....
So, sekarang ni mood mengenang Da VOM dan Mila menjelang hari ulangtahun ke 2 Da VOM bersama Mila
To Mila, Da VOM lebih tahuuu.
07 July 2009
Seratus Hari Jadi?

Dira

Yani n Akim
Tengok tajuk dia kan cam pelik je telemovie ni.
Kenapa seratus?
Lan aka Azlan Hanif sibuk mempromot telemovie ni.Beriya-iya dia suruh tengok.So, pada hari sabtu lepas dapatlah tengok ulangan di chanel Astro Ria.
Wahh awal2 dah nampak kegarangan dan kegedikan cik Sara dan 'kecomelan' budak prektikal tu yang pasti akan teringat dialog dia - eeeeee canteknyerrrrrrrrrrr.huhuhu
Jalan cerita memang agak misteri semisteri tajuk cerita ini.Walaupun jalan cerita ada iras2 cerita Groundhog Day tetapi di ubah2 menjadi lagi pelik.Teringat masa muda2 dulu cerita Twilight Zone.
Masa seronok tengok cerita ni, tiba2 Azizi turun dari atas dan cakap "Umi, Sara ni gedik macam Yani kan." huhuhu
Okey, Yani is my daughter, anak yang ke 3. Dia ni suka berangan dan melawa dan ada kumpulan sendiri terdiri dari kazen2 - Safiyyah, Adah dan Qai.Dia orang namakan kumpulan mereka as 3G. Azizi cakap 3G is singkatan dari the Gedik2 Girlz.huhuhu
Memang, watak cik Sarah aka Dira Abu Zahar yang gedik2 pada awalnya reminds me of Yani.
Anyhow, Yani and the geng, u guys reminds me when I was at that age. ;)
Anyway, saya suka cerita ni dan beri 8 bintang. :D
Kudos kepada skrip cerita yang menarik, arahan yang bagus dan lakunan yang bersahaja dari Dira dan saya suka juga pembantu yg comel lote tu dan juga hero bertahi lalat. Ai laikk.
Selepas Lan tengok cerita tu dia terus Google 'Seratus Hari jadi' dan baru tahu Dira sebenarnya ada blog sendiri.
Korang baca lah diary Dira. I kind of like her after watching the movie.
My comment selepas habis cerita ni, saya terus sms Lan : Nak henbag macam Dira tu, bukan yang henbag amoi kena ragut tu, bukann. Ni henbag Dira yang warna biru yang dia bawak ke hulu ke hilir dalam cerita tu. Huhu.Lan punya reply, lerrr orang ingat nak bagitau cerita tu best ke tak ni pasal henbag pulak. ;))
To Dira, sekiranya anda baca entry ni *wahh berangan kejap kan*, tolong beritahu saya jenama apa handbag uols tu ok. ;) dan nak beli kat mana.
Kesimpulannya, saya harap ada banyak lagi cerita2 misteri macam ni di kaca tv.
P.s kalau tengok cerita ala2 Transformer, saya boleh terlelap tapi kalau cerita2 misteri camni kompim mata terang je. errr transformer tu pasal tengok mitnite tu yang terlelap2 kejap.muahahhahaa
P.s - Laaa baru tau Dira ni dulu pernah ada kat Fulus Mania. Ala rancangan yg suruh org kol n teka utk dapat hadiah. Masa tu bila tengok Dira mesti cakap minah ni banyak cakap.huhu... jangan marah Dira. :D
P.s - I dont think and I cant imagine how to survive kalau betullah boleh terjadi mcm cerita ni. diulang2 berkali tu sampai 100 kali.eeee mengerikan tapi sempat gak ckp ngn anak2 nak tau kenapa jadi mcm ni, pasal buat salah ngn mak dia lah.huhuhu. Anak ai pun ckp -- ooo cmtu. ;)
06 July 2009
Happy Bday My Yana - 3 July 2009
Happy Birthday my dearest daughter, Ilyana aka Yana aka adik Apis.huhu
Pada hari khamis lepas kami decided I mean I decided nk pi William.Tiba2 mengidam plak nasi goreng ketam William.Nyum nyum.
Terus pakat2 pi sana. Yang join, anak2 saya,Bad,Lan,Ling,Bekhem,Shidi, Zahari n Wai Em dan penampilan istimewa, Riz. :D
Sambil menikmati kesedapan makanan di sana, we decided to celebrate je bday Yana yg jatuh pada hari Jumaat so a little bit early lah dlm sejam celebrate tu.
Kebetulan Bad memang nk jumpa Riz, so dia suruh Riz datang ke situ terus. Wahhh rindu plak kt mamat ni.huhu Dah lah Anniversary Angels haritu tak dapat join sebab Gafim pun buat gathering pada hari yang sama. Rupa2nya jumpa juga di William.Huhu
Ok back to Yana.Dia seprais lah tengok tiba2 ada kek tapi dia segan so dia buat tak tau je nampak kek tu.huhu.
Untuk mengelakkan Yana nampak kek tu sebelum masa nya, Azizi berilah PSP utk Yana main yang buat Yana terperanjat habis kenapa tiba2 abang dia baik plak haritu. :D
Seprais lagi Zaharie beri hadiah harijadi yang buat Yana senyum melebar semalaman tu.
Untuk Yana, Selamat hari Jadi diucapkan. Umi love U so much. ;)
P.s - tgk lah gambar makanan yg sedap2 kt sini. Uwaaaa nk pi lagi skali je rasanya
25 June 2009
Biar Diddy Sambung ---------------------->


Biar Diddy Sambung
Diddy Hirdy feat. Wangi (The Fabulous Cats)
(1st verse)
Ku dengar ada jawatan kosong
untuk sang pencinta
pelukis pewarna jiwa
ku ingin jadi yang pertama
mengisi aplikasimu
tapi bagaimana aku tak tahu
aku sanggup menunggu
dari malam sampai ke subuh
hanya untuk mendengar
kata luka mu
aku hanya kedua
tidak sepertinya
kan menyakiti mu
kan mengguris hati mu
(chorus)
derita yang kau tanggung
bila cinta tak berhubung
tak perlu nak disanjung
kerna jiwa kosong
usah duduk termenung
usah asyik dilambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar ku sambung
cinta mu yang dibohong
(2nd verse)
dia mencuri hatimu
dia merampas hidupku
aku tetap setia
dia merobek hatimu
ku jadi pengubat luka mu
sungguh aku jujur
(repeat chorus)
(bridge)
(Wangi) dekat pada ku
kan ku dekat pada mu oh
(Wangi) erat janji mu
ku erat janji ku
(Wangi) pegang kata mu
ku pegang kata mu oh
(Wangi) sampai niat kepada ku agar kita (bersama)
(repeat chorus)
usah duduk termenung
usah asyik di lambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar diddy sambung
cinta mu yang dibohong
cinta mu tak ku siakan
tak ku gores hati mu
biar ku menjaga mu
ke akhir hayat ku
jangan duduk termenung
ini bukan omong kosong
takkan dibiar lohong
(Wangi) biar kau sambung
biar ku sambung
biar di sambung

Promo untuk Single Diddy. Biar Diddy sambunggggggg. :D
Lagu ini sangatlah catchy, sekali dengar terus jatuh cinta pada lagu lah kan bukan pada orang dia.hehe
Dah dimainkan di stesyen2 radio dan boleh buat permintaan untuk mainkan lagu ini.So tunggu apa lagi kan. Nak dengar lagu ini dimainkan selalu, buatlah permintaan ok.;)
24 June 2009
Cerita tentang Diddy



Diddy Hirdi adalah salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia ke 4.Selepas beliau menamatkan perjuangan di Akademi, beliau telah disambar oleh Ftersix Records di bawah pengurusan Badrul Hashim.Diddy sangatlah menyerlah bakat beliau setelah dididik dan dibimbing oleh abg Bad. i'm proud of him. Walaupun beliau tidak bergelar juara ataupun finalist tapi saya rasakan beliau lebih berjaya dari sesetengah juara ataupun naib juara.Muahahahaha. Ofkoslah Mila, bagi saya antara Juara yg berjaya.Eh citer psl Mila plak.huhu
Diddy telahpun merakamkan full album bertajuk Diddy sebelum ini. Sila ke sini utk ulasan dari peminat diddy.huhu
Sekarang ini, Diddy sudah merakamkan singles terbaru beliau iaitu Biar Diddy sambung dengan Lelaki di atas awan.Sedap sungguh dua lagu ini. Ailaikkk. Ulasan tentang single ini oleh tuan punya lagu ini klik di sini
Kami di United Community sangat berbangga Diddy dapat bernaung dan di sokong oleh United Community.
Apa itu United Community? Tunggukan kemunculannyaaaaa
I like this photo.huhuhuKami, AZ Design House berpeluang merakamkan gambar2 Diddy utk kulit album Single beliau.It was fun.
Maaflah ayat2 skema aje kat sini. Tak reti sgt nak ayat2 cinta ni mcm pengurus itu.muahahhahaa.Anyway we enjoy working with Diddy dan pengurusnya.Tak sabar nak buat video klip Diddy plak. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)


