
Presenting
PFS Mini Reunion.
Calling all PFS members, atas permintaan ramai, jum join
PFS Reunion pada
11 Ogos 2009. Sila apply cuti yer.
Boleh lah kita mengenang kembali nostalgia2 dan kenangan terindah masa dulu.Hmmmmm
Siapa boleh join sila angkat tangan ye.
Saya boleh join:
1) KA
2) Elya
3) Ijip
4) Lan
5) Tokin
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
****************************************
Entry sebelum ni...............
PFS telah ditubuhkan pada tahun 2003. Sekitar bulan Ogos..
Apa itu PFS? Ia adalah satu grup yang terdiri dari penggemar2 rancangan Akademi Fantasia yang lebih dikenali sebagai AF. Pada ketika itu, sejarah AF baru saja bermula.

Apa maksud PFS?
P - Petrol
F - Free
S - Setahun
Apa kaitannya dgn group ni? Dapat free petrol ka..? Sure ramai nak join kan apatah lagi sekarang harga minyak sudah naik mencanak2. huhu. Mintak maaf yer, tiada penambahan ahli buat masa ini atau bila2pun. ;)
Nama group ni di namakan PFS bagi mengenangkan mailbox kami telah di banjiri oleh email 'Petrol Free Setahun' ini yang dihantar oleh AkuDahBalik (ADB) dan membuatkan kami semua balas membalas email ini sehingga ke beratus2. Cerita pasal petrol free tu awal2 jer.. lepas tu segala benda pun cerita dlm email tu. Maka kami membuat keputusan utk menamakan grup ini sebagai PFS. Itu saja sebenarnya. Tidak ada nya dapat free petrol sampai setahun wehhh. Mwahaha.
Permulaannya, kami penggemar2 AF telah berkumpul di ruangan tagboard
di sini . Hampir setiap hari kami akan bersembang berkenaan dgn AF1 dan apa juga yang terlintas di fikiran. Masih teringat lagi nama2 ini -
Antu, Mytipi,Lanun, Cik Kiah, AkuDahBalik(ADB), SM, Izreen(Ijin), LV(Ijip), Vad, Sempoii, Ya Maulai (Waiem), Joelabu, Iffa(Kak Jay), Aeryn, Lan/Mika, Elya, Spiral, Akulerr, Cqeng, Oraet, Shaynina, Setokin, Teddisini, Jijo/Frodo, Buyong, Naruto, Rosnisa, Srox, Org Kampung dan adik Natskru. Permulaan di tagboard SM, kami susuli dgn pertemuan demi pertemuan, dari gerai nasi ayam Boustead, ke A&W di KLCC, ke gerai Sampan di Kg Bharu, Cafe di Istana Budaya, ke restoren Hameed di Desa Pandan, Shiraj di BTS, ke Red Box di HLA/SOGO, MKTV Bangsar, gerai sup mamak di Jalan Doraisamy sehinggalah menjelajah ke Bagan Lalang, Hatyai (2 kali tu) dan juga ke Bandung & Jakarta.
Antara perjumpaan terawal di A&W KLCC
-Ijin, kawan Cqeng, Cqeng, Cik Kiah, Ijip, Waiem, Sempoii, Kak Jay dan saya sendiri
Perjumpaan di Oren, Kg Baru
-Lanun, Aeryn, Cik Kiah, saya, Ijip, Sempoii, Ijin, Waiem, Kak Jay, SM, Antu & Frodo
Bagan Lalang trip
Antara yg hadir - Ijip, Ijin, Sempoii & Cik Kiah
Hatyai Trip
-Sempoii, Org Kampung, saya, Waiem, Kak JayKami juga mengadakan jamuan hari raya buat pertama kali, di Rumah Terbuka
SM (RTSM) pada tahun pertama tersebut.
Sambutan Hari Raya di Rumah Terbuka Sultan Muzaffar (RTSM)
Majlis hari jadi juga turut dibuat.
Frodo di Sampan,Kg Bharu dan Hari Jadi
Lan di cafe Istana Budaya. Disusuli lepas itu majlis Hari Jadi beramai2 ikut bulan di merata tempat. ~~~~Those were the days~~~~
Besdey Frodo di Sampan, Kg Baru
Besdey Lan di Istana Budaya
-Antu, Lanun, SM, Vad, Waiem, Kak Jay, Nora, Sempoii, Cik Kiah, Ijin, Ted, Cqeng,
Yaya, Ijip, Lan, Frodo dan saya.
Besdey SM juga di Istana BudayaSehingga kini, ada yang sudah lost contact, ada yang dulu single dah berumahtangga dan menimang cahaya mata, ada yang dari anak satu skrg dah bertambah 2/3 umat lagi dan ahli yang termuda masa tu, adik
Skru dari umur 15 tahun sehingga lah beliau masuk ke asrama, dan skrg baru habis A level dan bakal terbang ke NZ utk sambungkan pelajaran. Tahniah
Skru. Proud of u Girl.
Belanja Skru masa ni dia baru dpt result PMR - 8A.. huhuPersahabatan yang terjalin amat kukuh sehingga sekarang di antara PFS contohnya
Wai Em, Poii, Lan, Cqeng, Org Kampung, Iffa, Vad, Elya, Tokin, Oraet, Ijip, Ijin & others yang sekali sekala akan turut serta bila sesekali kami berjumpa. Ada juga kadangkala berlaku perselisihan faham/pendapat ttg sesuatu perkara cthnya politik, *ketis
Vad*, huhuhu tapi ia tidak semudah itu menyebabkan kami putus persahabatan.
Oh yer, dari PFS ni lahirlah talian adik beradik di mana akak mempunyai 2 adik perempuan ie
Ijin dan
Ijip dan 1 adik lelaki iaitu
Lan. Hehehehe, adik2 perempuan akan selalu meminta perhatian lebih kerana dakwaan mereka akak selalu lebihkan adik lelaki. Muahahhaaa. Mana ada kan... Ada juga yang menjadi anak jiran sebelah, dan juga samseng kampung etc2 yang sering menyakat kami adik beradik.
Yang pasti I love u guys. Dah anggap macam adik beradik kandung kerana this relationship tidak semudah itu goyah atas perkara2 yang remeh temeh kerana bagi kami terlalu berharganya persahabatan ini utk di putuskan begitu saja...
Tidak ada pembubaran seperti pembubaran AJK Mawi FC *ketis adik
Wai Em* muahahahaha cuma ahli2 yang aktif makin berkurangan disebabkan urusan kerja, rumahtangga etc2.
Itu lah serba sedikit bagaimana PFS di tubuhkan dan bagaimana persahabatan ini terjalin sehingga ke hari ini. Moga berkekalanlah hendaknya, Amin.
ps. - Thanks
SM kerana menyediakan tempat utk kami bermula............. :)
Tambahan Fakta setelah menerima respon dari email/ym untuk beritahu tentang blog baru ni. huhu1) KA - luper plak entri tak gi tau pasal makan laksa kat my bro nyer umahlah..hehehehehe...gambar still ader lagi dlm blog. :D -
Ros berkata
2)bahawasanya kita je ada full album konsert AF1. even budak AF pun takde -
Vad berkata