30 July 2009

PFS Reunion - 11 Ogos 2009











Presenting PFS Mini Reunion.

Calling all PFS members, atas permintaan ramai, jum join PFS Reunion pada 11 Ogos 2009. Sila apply cuti yer.

Boleh lah kita mengenang kembali nostalgia2 dan kenangan terindah masa dulu.Hmmmmm

Siapa boleh join sila angkat tangan ye.


Saya boleh join:

1) KA
2) Elya
3) Ijip
4) Lan
5) Tokin
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)


****************************************

Entry sebelum ni...............

PFS telah ditubuhkan pada tahun 2003. Sekitar bulan Ogos..

Apa itu PFS? Ia adalah satu grup yang terdiri dari penggemar2 rancangan Akademi Fantasia yang lebih dikenali sebagai AF. Pada ketika itu, sejarah AF baru saja bermula.

Photobucket

Apa maksud PFS?

P - Petrol
F - Free
S - Setahun

Apa kaitannya dgn group ni? Dapat free petrol ka..? Sure ramai nak join kan apatah lagi sekarang harga minyak sudah naik mencanak2. huhu. Mintak maaf yer, tiada penambahan ahli buat masa ini atau bila2pun. ;)

Nama group ni di namakan PFS bagi mengenangkan mailbox kami telah di banjiri oleh email 'Petrol Free Setahun' ini yang dihantar oleh AkuDahBalik (ADB) dan membuatkan kami semua balas membalas email ini sehingga ke beratus2. Cerita pasal petrol free tu awal2 jer.. lepas tu segala benda pun cerita dlm email tu. Maka kami membuat keputusan utk menamakan grup ini sebagai PFS. Itu saja sebenarnya. Tidak ada nya dapat free petrol sampai setahun wehhh. Mwahaha.

Permulaannya, kami penggemar2 AF telah berkumpul di ruangan tagboard di sini .
Hampir setiap hari kami akan bersembang berkenaan dgn AF1 dan apa juga yang terlintas di fikiran. Masih teringat lagi nama2 ini - Antu, Mytipi,Lanun, Cik Kiah, AkuDahBalik(ADB), SM, Izreen(Ijin), LV(Ijip), Vad, Sempoii, Ya Maulai (Waiem), Joelabu, Iffa(Kak Jay), Aeryn, Lan/Mika, Elya, Spiral, Akulerr, Cqeng, Oraet, Shaynina, Setokin, Teddisini, Jijo/Frodo, Buyong, Naruto, Rosnisa, Srox, Org Kampung dan adik Natskru.

Permulaan di tagboard SM, kami susuli dgn pertemuan demi pertemuan, dari gerai nasi ayam Boustead, ke A&W di KLCC, ke gerai Sampan di Kg Bharu, Cafe di Istana Budaya, ke restoren Hameed di Desa Pandan, Shiraj di BTS, ke Red Box di HLA/SOGO, MKTV Bangsar, gerai sup mamak di Jalan Doraisamy sehinggalah menjelajah ke Bagan Lalang, Hatyai (2 kali tu) dan juga ke Bandung & Jakarta.
Photobucket
Antara perjumpaan terawal di A&W KLCC
-Ijin, kawan Cqeng, Cqeng, Cik Kiah, Ijip, Waiem, Sempoii, Kak Jay dan saya sendiri


Photobucket
Perjumpaan di Oren, Kg Baru
-Lanun, Aeryn, Cik Kiah, saya, Ijip, Sempoii, Ijin, Waiem, Kak Jay, SM, Antu & Frodo


Photobucket
Bagan Lalang trip
Antara yg hadir - Ijip, Ijin, Sempoii & Cik Kiah


Photobucket
Hatyai Trip
-Sempoii, Org Kampung, saya, Waiem, Kak Jay



Kami juga mengadakan jamuan hari raya buat pertama kali, di Rumah Terbuka SM (RTSM) pada tahun pertama tersebut.

Photobucket
Sambutan Hari Raya di Rumah Terbuka Sultan Muzaffar (RTSM)

Majlis hari jadi juga turut dibuat. Frodo di Sampan,Kg Bharu dan Hari Jadi Lan di cafe Istana Budaya. Disusuli lepas itu majlis Hari Jadi beramai2 ikut bulan di merata tempat. ~~~~Those were the days~~~~
Photobucket
Besdey Frodo di Sampan, Kg Baru

Photobucket
Besdey Lan di Istana Budaya
-Antu, Lanun, SM, Vad, Waiem, Kak Jay, Nora, Sempoii, Cik Kiah, Ijin, Ted, Cqeng,
Yaya, Ijip, Lan, Frodo dan saya.


Photobucket
Besdey SM juga di Istana Budaya




Sehingga kini, ada yang sudah lost contact, ada yang dulu single dah berumahtangga dan menimang cahaya mata, ada yang dari anak satu skrg dah bertambah 2/3 umat lagi dan ahli yang termuda masa tu, adik Skru dari umur 15 tahun sehingga lah beliau masuk ke asrama, dan skrg baru habis A level dan bakal terbang ke NZ utk sambungkan pelajaran. Tahniah Skru. Proud of u Girl.

Photobucket
Belanja Skru masa ni dia baru dpt result PMR - 8A.. huhu

Persahabatan yang terjalin amat kukuh sehingga sekarang di antara PFS contohnya Wai Em, Poii, Lan, Cqeng, Org Kampung, Iffa, Vad, Elya, Tokin, Oraet, Ijip, Ijin & others yang sekali sekala akan turut serta bila sesekali kami berjumpa. Ada juga kadangkala berlaku perselisihan faham/pendapat ttg sesuatu perkara cthnya politik, *ketis Vad*, huhuhu tapi ia tidak semudah itu menyebabkan kami putus persahabatan.

Oh yer, dari PFS ni lahirlah talian adik beradik di mana akak mempunyai 2 adik perempuan ie Ijin dan Ijip dan 1 adik lelaki iaitu Lan. Hehehehe, adik2 perempuan akan selalu meminta perhatian lebih kerana dakwaan mereka akak selalu lebihkan adik lelaki. Muahahhaaa. Mana ada kan... Ada juga yang menjadi anak jiran sebelah, dan juga samseng kampung etc2 yang sering menyakat kami adik beradik.

Yang pasti I love u guys. Dah anggap macam adik beradik kandung kerana this relationship tidak semudah itu goyah atas perkara2 yang remeh temeh kerana bagi kami terlalu berharganya persahabatan ini utk di putuskan begitu saja...

Tidak ada pembubaran seperti pembubaran AJK Mawi FC *ketis adik Wai Em* muahahahaha cuma ahli2 yang aktif makin berkurangan disebabkan urusan kerja, rumahtangga etc2.

Itu lah serba sedikit bagaimana PFS di tubuhkan dan bagaimana persahabatan ini terjalin sehingga ke hari ini. Moga berkekalanlah hendaknya, Amin.

ps. - Thanks SM kerana menyediakan tempat utk kami bermula............. :)


Tambahan Fakta setelah menerima respon dari email/ym untuk beritahu tentang blog baru ni. huhu

1) KA - luper plak entri tak gi tau pasal makan laksa kat my bro nyer umahlah..hehehehehe...gambar still ader lagi dlm blog. :D - Ros berkata

2)bahawasanya kita je ada full album konsert AF1. even budak AF pun takde - Vad berkata

12 comments:

Lan said...

sekali ada ulang tayang daaa.. huhuhu.. anyway, count me in!

waiem said...

Kenapa 11hb? Tak 12, 13?

Cadangan : Majlis di'vad'kan ke selepas raya

waiem said...

Oitt apa ni sebut bubar2...nostalgia tu hahaha

shay said...

ehem :)

mana gambo masa bday saya ngan frodo yg ada bob tu..hihihi

gambo ramai2 masa wedding saya pon ada...siap ada bibik sapa ntah masuk skali..haha

United Community Malaysia said...

hahaha.

nanti leh letak lg gmbr. Jum ar shay join.

waiem jum arrr

AZ at Work said...

eh eh silaps. huhu

N.art said...

"Mintak maaf yer, tiada penambahan ahli buat masa ini atau bila2pun. ;)"

based on ayat di atas...

huh..dasatnya.. masalahnya KA, senarai ahli tu sendri macam silap je huhuhu...

Ijip said...

jadi ke tak reunion ni??? Diammm jer...

kak jayy in da house said...

saya takleh join kalau 11 Aug.. kat ofis saya ada 'Larian Tikus'.. banyak tikus nak ditangkap ni...

errr.. takleh vad ke tarikh lain ke..?

Aliyy pun tingin gak nak jumpa aunties and uncles PFS dia...

Unknown said...

Aisehh, tikus tu lari biarkanlah dia...jadi ke tak 11hb nih? mek amik cuti nih..

AZ at Work said...

Oleh kerana banyak masaalah negara yg melanda, mini reunion ni terpaksa di vadkan ke 12hb Ogos 09 kerana penyanyi utama ada miting seharian pada 11hb tu.huhuhu

So, kita jumpa di Redbox Mid Valley hari Rabu pukul 11 pagi ok.

Bagi yang tidak kesampaian hajatnya, kita jumpa selepas raya ok untuk edisi sambungan. ;)

Ijip said...

Kak, RedBox Gardens kak.. Midveli tadak Redbox huhuhu