25 June 2008

Mas dalam kenangan * 25 June 2008 *

Hampir setiap kali ada AF, pasti saya akan berminat dengan seorang peserta. Ya, bila minat tu minat yang fanatiklah. huhuhu

Teringat dulu,

AF1 - minat Azizi
AF2 - minat Fitri
AF3 - minat Kefli
AF4 - minat Lotter
AF5 - minat Mila
AF6 - minat Riz (sedara tu. huhuhu)


So, semasa AF3, saya ada mengatakan tak mau lagilah minat2 sangat budak2 AF ni. hohoho Ijin ada kata masa tu, Kak never say never, tengok saja lah dulu. Aaaa terbukti tahun itu saya bergerak aktif juga bersama-sama Leo, presiden FCOK, menjayakan FC utk Kefli. Akan ceritakan lebih lanjut di entry selanjutnya.....

Semasa di AF 2, saya berkenalan dengan Mastura yang dikenali lebih mesra dgn nama Mas ataupun Mamachik, another gud friend of mine yang walaupun beliau sudah pulang ke rahmatullah pada 24 Disember 2007, namun she is and always be in my mind. Sering saya terbayang beliau sebenarnya masih ada lagi. It might sound crazy but sometimes I will read the old conversations at yahoo and my tears will run down. sigh........ Even while writing this my tears can't stop from flowing. I just need to write about this after so long because sometimes I still feel confused why this happened walaupun saya redha dan pasrah.

Muga rohnya ditempatkan bersama2 para solihin dan solehah serta dimuliakan di sisiNya. Alfatihah.



Photobucket

Masih terbayang2 lagi bagaimana kami boleh berkenalan, masih di sini juga tetapi di ruangan komen ketika itu musim AF2 sedang berlangsung. Yup, kerana AF juga kami bertemu. Dari mula di ruangan komen, dan bercakap melalui telefon sehingga kami bertemu dan berbincang tentang berbagai perkara, tentang kehidupan tentang hiburan tentang apa sahaja. Secara tiba2 kami menjadi sangat mesra. Nak kata saya cepat mesra dengan sesiapa saja, tidak juga. Somehow, we feel connected.

Photobucket

Malangnya persahabatan yang amat rapat itu terputus tanpa saya tau di mana silapnya. Beliau seolah2 merajuk atau mengelak dari saya. Namun begitu, pelbagai peristiwa yang telah berlaku sepanjang persahabatan kami. Saya melihat beliau sebagai seorang yang amat saya kagumi atas semangat dan kesungguhan beliau walaupun jarak umur yang berbeza tapi beliau ternyata amat matang dan sering memberi nasihat untuk saya menjalani kehidupan yang penuh pancaroba.....

Photobucket

Sehinggalah satu hari pada musim AF5 secara tiba2 saya ditemukan kembali. Ya, kerana Mila kami bertemu dan menjadi rapat semula. Sungguh menghairankan tetapi itulah kenyataan nya.

Saya mula getting involve dalam FC Mila dengan berborak2 di chatbox, di website Mila yang mulanya di taja oleh Mazni dan Website itu di hasilkan oleh Bro Aemin. Dari situ saya ternampak nick nama Mamachik. Terus jantung saya berdebar2 kencang. Ni mamachik orang yang sama ke? Takkan ada pelanduk 2 serupa kan.

Dari situ saya cuba menjejaki Mamachik. Alhamdulillah orang yang sama. Kami mula rapat semula. Saya mencadangkan Mas tolong menguruskan Mila kerana saya percaya bakat beliau sangat besar dan amatlah sayangnya jika tidak di uruskan oleh orang yang betul dapat membimbing beliau. Dari situ, saya, Lan dan Mas telah beberapa kali berjumpa dan merancang bagaimana hendak bertemu dengan Mila dan menyatakan idea kami.


Ketika ini juga, saya dapat tahu Mas sudah bertukar housemate iaitu Zet.
Saya rasa happy sangat kerana berdasarkan cerita Mas sendiri, beliau mendapat seorang housemate, teman, sahabat yang amat menyayangi beliau sehingga ke akhir hayat dan sehingga kini, saya pasti....

Photobucket


Alhamdulillah, Mila sudi menerima Mas yang di anggap sebagai rakan kongsi, pengurus,sahabat, mak,kakak etc2. Bersama2 ini juga Mas inginkan saya menjaga fan club Mila. Atas nilai2 persahabatan, saya setuju memandangkan saya juga meminati Mila. Satu sejarah ni. Sebelum ni saya cuma meminati artis lelaki sahaja. :D Berbagai peristiwa telah berlaku sepanjang perjalanan itu. Walaupun bergiat dalam fan club Mila, namun Kefli tetap tidak saya lupakan kerana dah anggap sebagai adik dan keluarga Kefli dah menjadi seperti keluarga saya sendiri. Betul, tak tipu. :D


Photobucket


Mas menjaga Mila seperti anak beliau sendiri apatah lagi beliau tahu selok belok perjalanan muzik industri ini. Malangnya beliau mengidap penyakit yang tidak tahu punca dan cara untuk menyembuhkan beliau.Namun demikian, beliau tidak pernah putus asa. Beliau bergiat aktif membimbing Mila. Menubuhkan syarikat Mila yang diberi nama MC Voices & Stars Sdn Berhad bersama2 dengan seorang lagi rakan kongsi dari Australia.

Photobucket


Projek pertama syarikat ini ialah mencari bahan untuk album pertama Mila. Bermula dari perbincangan demi perbincangan dapatlah mencari bahan2 untuk album pertama Mila, Persis Mutiara. Di waktu ini, Mas menjadi semakin kurang sihat walaupun beliau cuba juga menguruskan Mila dan memastikan fan club Mila yang diberi nama Da VOM ( The Voices of Mila) di uruskan dengan baik dan lancar.

Perselisihan faham turut berlaku namun demi persahabatan dan juga demi Mila, kami teruskan juga sehinggalah 3 hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, Mas sempat memberi amanat untuk saya meneruskan apa yang saya lakukan selama ini dan alhamdulillah sehingga kini saya masih di sini . Setiap kali ada ketika saya seperti putus asa untuk meneruskan, setiap kali itu juga saya akan teringat kata2 dan setiap apa yang kami lakukan pada permulaan tersebut dan ia memberi kekuatan untuk saya membatalkan niat saya berbuat demikian. Muga Tuhan kuatkan jiwa saya memegang amanat ini. InsyaAllah, selagi diperlukan I will still be here.


Mas, I wish you can still hear me that I never love a friend like this. U will always be in my heart. Muga kita bertemu semula satu hari nanti, InsyaAllah.....

Photobucket


Maybe I didn't treat you quite as good as I should have
Maybe I didn't love you
quite as often as I should have
little things I should have said and done
I just never took the time
You were always on my mind

You were always on my mind and always Will...

12 comments:

Abby ♥ said...

i want to kill u!!!
y u blog bout dis

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

from the bottom of my heart, she still here!

* emo la plakkk

Anynomous Fan said...

aiyohh sedey la plak :(
may she rest in peace..

Ely Karella said...

masih segar dlm ingatan..
takkan hilang kenangan bersama 'iron lady'..

al-fatihah buat arwah..

eleza737 said...

:'(

al-fatihah

waiem said...

Smoga beliau ditempatkan bersama org² yg beriman. Amin.

Miss Ted said...

al fatihah....

Anonymous said...

....sayu rasa dihati membaca coretan ini... semua KA terus mengembangkan aktiviti DaVom.... from pu3asma...

shay said...

sabarlah kak..
Allah lebih sayangkan dia..
sedih je saya baca...w/pun saya x kenal kak mas nie...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin

Elf said...

Al-Fatihah..

AZ at Work said...

Alfatihah.Muga rohnya di cucuri rahmat.....

biarlah ia menjadi satu kenangan yg akan tetap dikenang sampai bila2.Amin

Anonymous said...

Never met such a strong person, especially at that age, other than late Kak Mas..

Al-Fatihah..

Anonymous said...

sabar ye KA.. al-fatihah buat MC.. karikow..