22 August 2008

Happy Bday Da VOM!

Gambar-gambar dari sambutan Hari Ulangtahun yang pertama Da VOM.

ada 3 kek semuanya. Murah rezeki Da VOM


Mari potong kek ramai-ramai


yeyyyy


Mila buat gaya aksi Ultraman nak selamatkan kek. huhuhu



Perang sudah bermula.Sembur jgn tak sembur


eh eh ni dah macam muka kucing dah ni


huhuhu



lawan lagi


smack down lah pulak



Mila khusuk dengar Beckham deklimasikan sajak khas dari Da VOM utk Mila



Sampai menitiskan airmata.....


Sesi bergambar AJK dgn Mila & penasihat 2,En Jirin



Kredit to Milawazzup dia atas gambar2 ini



Puisi hasil nukhilan Bekham khas untuk Mila


puisi yg di tulis dari hati untuk seseorg yg bernama syarmila..


Mila..
Engkau telah mengisi hari-hari kami..
dengan canda tawamu, dengan telatah comelmu.. dan keunikan bakat mu..
Tergambar sejuta impian mu tatkala kau mula menyanyi

Mila..
begitu berartinya kau di dalam setiap kami
tahukah akan dikau? betapa kau terlalu berarti di dalam setiap kami?
Hampanya jiwa kami tatkala kau bersedih..
Gelapnya pandangan kami bila kau dilemparkan kata-kata tomahan..
Saat kau di landa kontroversi, serasa kegembiraan kami tiada yg huni..
Tapi, kami tetap di sini.. Di sini untuk mu..

Mila,
Kau segalanya bagi kami.. segalanya.. sehingga bisa menyatukan kami..
Kapan pun, di mana pun, bagaimanapun, dan dalam keadaan apapun,
kami yg bergelar kami, akan cuba bersamamu,
dan sehabis daya mencoba agar selalu bisa ADA UNTUK MU..
ada di saat kau memerlukan dan akan selalu mencuba untuk ada,
walau di saat perhubungan kami di landa badai..
Benar Mila! itu bukan HANYA SANDIWARA.. bukan juga KALUT LAGI MENGARUT..
Tapi, itulah janji kami...

Mila,
Begitu besarnya jasa mu..
Bagi kami, kau PERSIS MUTIARA..
kata terima kasih, bahkan berbuat apapun, takkan pernah cukup untuk membalas jasamu..
Besarnya, hanya kami yg tahu.. AKU LEBIH TAHU!
Besarnya pada kami tak bisa di ungkap..
walau di andaikan air laut dan seisi bumi sebagai dakwat pun, takkan pernah cukup untuk kami coretkan jasamu..
Jasamu yg menyatukan kami, melahirkan kami, sehingga kami juga di kenali gah seperti namamu..
Dan kini, kami berusia 1 tahun! kerana kamu NOOR SYARMILA!
Besarnya makna untuk kami yg bergelar kami..

Mila,
PERGIMU, tak kami ingini.. DEMI CINTA SELAMANYA, kami ingin sentiasa bersamu,
disamping mu, di belakangmu.. di manapun...
Bahkan kalau bisa, ingin kami gantikan apa yg hilang dari mu.. Tumbuhkan apa yg patah untukmu..
Agar kau sentiasa gembira dan tertawa..
Kalau itu di katakan GILA, itulah besarnya kasih sayang kami yg bergelar kami..
SEKEJAM mana pun sesetengah pihak terhadap mu, KAMI TETAP KAMI!

kami? kami? kami bukan STACY, tapi.. KAMILAH DA VOM! DA VOICES OF MILA kebanggaan kami..
kami bangga melaungkannya, mengakuinya dan hidup bersama di dalamnya..
Dalam satu kelompok kegembiraan.. itulah yg telah kami ciptakan di dalam DA VOM..
Kelompok yg menghasilkan satu persahabatan yg kuat.. hanya keranamu SYARMILA..
DA VOM, BILA CINTA? begitu lah cinta kami..

Insyaallah, walau lahirnya STACY, datangnya RIZ dan NUBHAN, mahupun NADIA n TOI, tak lupe SAIDA..
walau adanya ELLA dan REZA...
DA VOM.. takkan kami abaikan.. Akan kami tetap cuba bernafas..
Bersama-sama bergerak terus dan terus menuju ke puncak yg paling tinggi..
Setinggi IMPIAN mu SYARMILA..

Berundur takkan sekali.. Berpecah, tak kami ingini..
Itulah kami yg terlalu menyayangi mu.. selalu..

KAMILAH.. DA VOM!

-Intan beckham-
4.59am.


Terima kasih kepada semua yang hadir. Semuga Da VOM akan berkekalan hendaknya.Amin. Terlalu banyak kenangan2 yang dilalui dan amatlah rugi sekiranya ia berkubur begitu sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

congrats! nice pics :)
xxxleoxxx

AZ at Work said...

thks Leo. ;)