

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
(Kenyataan AKhbar)
20 October 2008 - Setelah lebih setahun syarikat ini
di tubuhkan,Mila Jirin, pemenang AF5 ini mengambil
langkah setapak lagidengan memeterai perjanjian
persefahaman kerjasama dua belah pihak antara
syarikat milik beliau iaitu MC Voices & Stars Sdn Bhd dengan syarikat pengurusan beliau iaitu
MAESTRO Talent and Management Management S.BAntara kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak ialah saling bersepakat dalam menjana pendapatan
yang berkaitan dengan MILA dan juga bekerjasama di
dalam projek- projek khas dan penerbitan album atau single beliau akan datang.Perjanjian ini di meterai di antara rakan kongsi dan
juga pengerusi MC Voices & Stars iaitu Encik Bernard
Cheah, dengan Encik Freddie Fernandez bagi pihak
MAESTRO Talent and Management di pejabat MAESTRO. Mila turut hadir di sesi
tandatangan itu.“Harapan saya perjanjian ini akan menjadi titik
tolak untuk mengembangkan sayap Mila ke tahap
seterusnya dan juga memberi peluang kedua belah pihak
untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi. Saya berterima kasih kepada pihak MAESTRO
kerana memberi peluang kepada Mila untuk memberi lebih
input di dalam kerjaya beliau sendiri”, kata Encik Bernard Cheah.Antara rancangan terdekat kedua belah pihak ialah
mengeluarkan album Karaoke Persis Mutiara Mila yang
akan di edarkan dalam bulan November nanti di mana terdapat di dalamnya 8
buah lagu-lagu dalam bentuk karaoke dari album Persis Mutiara .Untuk maklumat lanjut sila hubungi:Ireani YaacobAdvisor/Consultantbagi pihakMC Voices & Stars Sdn Bhd012-3775011ireani@gmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah Mila.
Muga bertambah maju hendaknya.Amin
p.s Sempat bergambar juga dengan Bernie,Ruby, Bekham& Ireani sebab berada di Maestro juga atas urusan lain. SMILE