25 November 2008

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Maestro












Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO

(Kenyataan AKhbar)

20 October 2008 - Setelah lebih setahun syarikat ini
di tubuhkan,
Mila Jirin, pemenang AF5 ini mengambil
langkah setapak lagi
dengan memeterai perjanjian
persefahaman kerjasama dua belah
pihak antara
syarikat milik beliau iaitu
MC Voices & Stars
Sdn Bhd dengan syarikat pengurusan beliau iaitu
MAESTRO Talent
and Management Management S.B

Antara kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak ialah
saling bersepakat dalam menjana pendapatan
yang berkaitan dengan
MILA dan juga bekerjasama di
dalam projek- projek khas dan

penerbitan album atau single beliau akan datang.

Perjanjian ini di meterai di antara rakan kongsi dan
juga
pengerusi MC Voices & Stars iaitu Encik Bernard
Cheah
, dengan Encik Freddie Fernandez bagi pihak
MAESTRO Talent and Management

di pejabat MAESTRO. Mila turut hadir di sesi
tandatangan itu.


“Harapan saya perjanjian ini akan menjadi titik
tolak untuk
mengembangkan sayap Mila ke tahap
seterusnya dan juga memberi
peluang kedua belah pihak
untuk bekerjasama dengan lebih erat

lagi. Saya berterima kasih kepada pihak MAESTRO
kerana memberi
peluang kepada Mila untuk memberi lebih
input di dalam kerjaya

beliau sendiri”, kata Encik Bernard Cheah.

Antara rancangan terdekat kedua belah pihak ialah
mengeluarkan
album Karaoke Persis Mutiara Mila yang
akan di edarkan dalam bulan

November nanti di mana terdapat di dalamnya 8
buah lagu-lagu dalam

bentuk karaoke dari album Persis Mutiara .

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ireani Yaacob

Advisor/Consultant

bagi pihak

MC Voices & Stars Sdn Bhd

012-3775011

ireani@gmail.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Tahniah Mila.
Muga bertambah maju hendaknya.Amin



p.s Sempat bergambar juga dengan Bernie,Ruby, Bekham& Ireani sebab berada di Maestro juga atas urusan lain. SMILE

No comments: