10 July 2008

Da VOM Review by Ray Eusouff

Image Hosted by ImageShack.us


Antara Kelab Peminat Artis yang aktif ialah Mila FC atau lebih dikenali sebagai DaVOM yang bermaksud The Voice of Mila.

Sedikit latar belakang mengenai Mila. Mila Jirin merupakan juara Akademi Fantasia musim ke lima dan telah memecahkan tradisi sebagai peserta wanita pertama yang memenangi realiti program tersebut yang biasanya didominasi peserta lelaki sebelumnya. Artis yang bergelar, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Berita Harian baru-baru ini telah merangkul dua anugerah dalam International Pop Festival di Varna, Bulgaria.

Disebalik kejayaan Mila, penyokongnya DaVOM amat menarik perhatian penulis. Dimana ada Mila disitulah ada DaVOM. Sokongan tidak berbelah bagi mereka, menarik minat saya untuk menulis mengenai DaVOM.

Banyak faktor atau kayu ukuran bagi menentukan keaktifan sesebuah kelab peminat. Selain aktiviti, antara medium kayu ukurannya ialah melalui laman web rasmi.

Dalam bahagian pertama ini, saya kan menulis tentang laman webnya terlebih dahulu.

Laman web rasmi Mila digabungkan dengan forum kelab peminatnya seterusnya memudahkan peminatnya untuk mendapat infomasi terkini mengenai Mila dan aktiviti terbaru kelab peminatnya. Agak mudah kerana segalanya ringkas dan mudah dilihat.

Sebaik saja memasuki laman web tersebut, pengunjung dialu-alukan dengan ucapan ringkas dari Mila. Di halaman yang sama, terdapat scroll informasi terkini tentang Mila dibahagian atas. Laman web ini, memperkenalkan Mila terlebih dahulu sebelum membawa peminatnya ke satu ruang lain iaitu ruangan forum, chat dan blog.

Dari segi isinya, laman web ini banyak membantu peminat mendapatkan infomasi terkini dengan lebih kemas dan lebih teratur.

Laman web Mila seakan-akan dibina oleh golongan professional dan bukannya oleh peminatnya. Ianya agak "impessive" dari segi susun aturnya. Proses pendaftaran dilaman webnya pula sangat mudah. Peminat tidak perlu mengaktifkan pendaftaran melalui email dan boleh terus melibatkan diri dalam ruang forum setelah proses pendaftaran online selesai. Untuk berchatting pula, pengunjung diminta mendaftar sekali lagi. Begitu juga diruang blog.

Dalam pencarian, saya juga tertanya-tanya siapakah penggerak DaVOM ini. Ingin rasanya mengenali mereka dengan lebih dekat. Mungkin mereka tidak mahu menonjol diri atau bersikap low profile agaknya. Tetapi, apa salahnya membuka satu ruang untuk peminat mengenali "Who's Who?" di DaVOM.

Setiap kali ada rancangan realiti tv baru, kelab peminat tumbuh macam cendawan. Mula-mula aktif kemudiannya hambar dan sepi. Tetapi DaVOM membuktikan sebaliknya. Masih lagi kelihatan peminatnya menyarung t-shirt DaVOm dimana saja Mila berada. Dan Mila yang tak pernah lupa dengan peminatnya kerana sering menyebut DaVOM dalam ucapannya.

Saya akan mengulas lanjut mengenai DaVOM dan Kelab peminat lain dimasa akan datang.

[r][a][y] eusouff untuk yoyooh.com


Artikel ini saya dapati dari : www.yoyooh.com

Thanks to penulis Ray Eusouff kerana mempromotkan Da VOM. Kami akan menyokong Mila sebaik mungkin InsyaAllah.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai fan club ni sila layari ke http://www.milawazzup.com/