Semalam bertempat di Dewan Toh Puan Rahah, Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak di Bukit Bintang berlangsungnya majlis Kemuncak Aidil Fitri bersama Artis2 AF.Ada MILA, Mawi, Stacy, Zahid, Faizal, Farah, Dafi, Heliza, Saida, RIZ, Nadia,Toi, Nubhan, Zila, Marsha dan Shawal.
Mila di tempatkan di table premier di mana harga per table is RM3,000! Alhamdulillah kerana MC Voices sudi menaja Da VOM sebahagian dari harga meja tersebut. Terima kasih daun keladi. ;)
Majlis ini katanya di adakan atas permintaan fan club ingin Maestro menganjurkan majlis di mana artis2 AF turut di undang.Katanya lah. huhuhu
Kami mendapat table yang sangat strategik iaitu bertentangan dengan stage dan di belakang kami ialah meja buffet.huhu. Tapi memandangkan kami duduk di meja premier, maka makanan kami di hidangkan. Ada nasi beriyani (sangat sedap nasi n lauk2 dia),ada sate,lemang,nasi himpit,rojak kueh mueh dan buah2an.
Ada mcm makan yee sang tak?
Malam itu Da VOM memang happening giler lah.Bila Mila naik ke pentas untuk menyanyi solo, apa lagi kami pun turut lah memberi sokongan.
Mila nyanyi lagu raya...
ewahhhh da VOM turut menari
Da VOM menari di tepi meja. Mila tak tahan terus join kami. Masa tu memanglah jadi perhatian semua kan. Apa lagi klik2 lah orang amek gambar kami menari sekali. hahahahaha
Keseluruhan majlis menjadi meriah kerana gabungan Da VOM dengan Riz angels yang havoc.huhu
Lepas abis majlis, kami still stay pasal nampak makanan banyak lagi. So apa lagi kita org makan lah lagi sambil temankan org2 maestro makan.
Cantek tak jariku. :D
Yang paling best, meja Da VOM, 3 org menang lucky draw. Ahkak, Lan dan Jimboq. Lan dan Jimboq dapat baucer lunch ke seri melayu,menara KL. wahhhh
Ahkak dapat cincin emas tajaan Habib Jewel. Terima kasih habib jewel. :D
Tapi sebenarnyakan, masa mula2 dia org announcelah hadiah apa dapat. Bila sebut ada DVD player, mula lah ahkak cakap nakkkk pastu tiba2 announce barangan sony plak, yang tu ahkak punya gak lah, pastu ada barang habib jewel.Wahh mula rambang mata. muahahahhaa. Tiba2 kan dia announce nombor 0601. Tiba2 cam blur tak perasan nombor ahkak di sebut (walaupun gerak hati berkata cam ada can je nak menang lucky draw malam tu) Alhamdulillah.
Bila naik ke pentas tunjuk no kad tu kena tunggu. Bila dia hulurkan dvd player, ingat tu lah hadiahnya. Rupa2nya utk orang beratur depan. (Dia panggil no sekali banyak so sekali lah orang datang tuntut hadiah kat pentas tu.
Anyway syukurlah dapatkan. Perbincangan di meja bermula lah, ada cakap napa akak tak mintak je dvd player tu dari dia org.hehe Ada yang suggest jual je cincin tu beli dvd player. Senang nanti nak karaoke kannnn
Akhinya, ahkak ambil keputusan utk simpan je hadiah tu. Kenangan tu kannnn
30 October 2008
21 October 2008
Saksikan KAMI beraksi. huhuhu
Suasana Hari Raya
Sketsa Da VOM
Jangan Pisahkan Da VOM dan Mila
Da VOM lebih tahuuu
15 October 2008
KAMI the MOVIE
Sebuah filem Malaysia yang boleh di banggakan sangat2.
Rasanya ramai tahu filem ini adalah kesinambungan dari 8 siri di 8TV rasanya setahun yang lepas.8tv patut berbangga menayangkan cerita2 yang bagus. Siapa ingat cerita Ghost? Alaa yang Cheryl Samad berlakun tu dgn antu dia mamat ada tahi lalat kat atas bibir.huhuhu
Cerita Ghost pun best sgt2.
Tapi hari ni saya nak buat entry pasal Movie KAMI ni.Filem ini mula di tayangkan pada 1 Oct 08 i.e Raya pertama yang lepas dan masih lagi di tayangkan sekarang.
Lan cadangkan tengok hari rabu minggu selepas raya tu pasal rabu tiket murah sket. SO pagi rabu tu saya tanyalah sapa2 yang ada nak join x tgk citer ni. Excited sangat ni. huhu
Ling tak boleh pasal dia demam. Shidi keja.Beck cakap dia dah janji ngn kawan.Issey mula2 kata kena jaga anak sedara pasal kakak dia sakit.So, hampir2 lah kensel dan tiba2 petang tu saya pulak rasa nak demam selesema.Malam tu Lan datang jemput kat opis.Issey pun datang. Kita orang pi makan mihun kat Nagasari. (Sedap siut mihun goreng kat sini. Thks Zahari kenalkan mihun goreng ni.huhuhu)
Masa tu borak2 pastu cakap x jadi lah tengok. Tak sihat so sejuk nanti kt dalam panggung. Lan cakap amek aje baju kat opis. SO singgah lah balik kat opis.
Pastu kita orang gerak ke Pavilion.Masa tunggu tu nampak lah Ashraf ngn Bunga. huhu Kalau takde Ashraf Sinclair tu sure kalau terlanggar bahu x kenal si Bunga tu.
Ok, masa beratur, Issey kata tgk Senario lah. Dia cakap KAMI sure x best. Akak cakap mana tau? Dia cakap pasal pelakun dia x kenal pun.huhu Dia tgk kat The Making cam x best.SO kita orang cakap jangan nak mengada, malam ni tgk KAMI sure nanti dia sukanya tengok.
Masuk panggung tengok lengang je.Ye lah tgk pun dah kul berapa kan.Pastu kita orang duduk lah kt seat kapel tu. Sorang duk dua seat.Muahahhaaa. Kerusi lagi banyak dari penonton. Sedih gak psl panggung seblah cerita Senario cam full aje.
Sorilah cerita sebelum movie ni yang panjang nya kannn. hahahhaa
Pendek kata cerita ini sangat lah bagus sesangat.
Watak2 Ali, Abu,Lynn,Adie dan Sofie sungguh berkesan. Since dah kenal dia orang dari masa siri kt 8tv tu lagi, maka cerita ni lagilah best untuk di tonton.
Watak baru yang di tonjolkan kali ni is boy,kawan lama Lyn dari kampung dulu. Dia ni jahat giler. Pandai amek peluang nak goda balik Lyn buat kerja2 jahat dan juga menghasut kawan2 Lyn pulak. grrrrrrr
Yang lagi akak berbulu is kawan Boy ni. Geramnya tengok muka dia. Tau x napa? Pasal mamat ni berlakun dalam cerita LIMA kat Astro masa bulan puasa hari tu. Dalam cerita tu dia jadik bapak ayam. uwaaaa kesian Ana. Pasal tu akak tak boleh tengok muka mamat ni. Geram sungguh atas apa yang dia dah buat kat Ana. Muahahhaa ye lah ni semua cerita je kan tapi kan macam real je ler.
Buat yang tidak menonton lagi KAMI pergilah menonton,u wont regret it. Ada lagu 'Lagu Untukmu' kumpulan Meet Uncle Hussein. Tak tahan tak tahan......hehehehe
Sori lah saya tak nak kasik spoiler cerita ni. Tapi kalau nak tau gak p lah ke blog Ajami. Saya amek poster ni pun dari Blog dia. Thanks Ajami ;)
p.s Kesimpulannya :
1. Issey cakap, best lah cerita ni. huhu
2. Tiket hari Rabu kat Pavillion tak murah ler.babab si Lan ni.
3. Korang tgk lah sape mamat ni kawan Boy yang akak tak suka tu tau.huhu
4. Ending dia mcm tu camne nk buat KAMI sequel ek. uwaaaaaaaa
5. Nak tau cerita dia camne pi je kat Blog AJAMI.
6. Persahabatan mereka dalam KAMI reminds me of PFS n Da VOM
6. Cerita ni mesti tonton ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)