15 October 2008

KAMI the MOVIE




Sebuah filem Malaysia yang boleh di banggakan sangat2.

Rasanya ramai tahu filem ini adalah kesinambungan dari 8 siri di 8TV rasanya setahun yang lepas.8tv patut berbangga menayangkan cerita2 yang bagus. Siapa ingat cerita Ghost? Alaa yang Cheryl Samad berlakun tu dgn antu dia mamat ada tahi lalat kat atas bibir.huhuhu

Cerita Ghost pun best sgt2.

Tapi hari ni saya nak buat entry pasal Movie KAMI ni.Filem ini mula di tayangkan pada 1 Oct 08 i.e Raya pertama yang lepas dan masih lagi di tayangkan sekarang.

Lan cadangkan tengok hari rabu minggu selepas raya tu pasal rabu tiket murah sket. SO pagi rabu tu saya tanyalah sapa2 yang ada nak join x tgk citer ni. Excited sangat ni. huhu

Ling tak boleh pasal dia demam. Shidi keja.Beck cakap dia dah janji ngn kawan.Issey mula2 kata kena jaga anak sedara pasal kakak dia sakit.So, hampir2 lah kensel dan tiba2 petang tu saya pulak rasa nak demam selesema.Malam tu Lan datang jemput kat opis.Issey pun datang. Kita orang pi makan mihun kat Nagasari. (Sedap siut mihun goreng kat sini. Thks Zahari kenalkan mihun goreng ni.huhuhu)

Masa tu borak2 pastu cakap x jadi lah tengok. Tak sihat so sejuk nanti kt dalam panggung. Lan cakap amek aje baju kat opis. SO singgah lah balik kat opis.

Pastu kita orang gerak ke Pavilion.Masa tunggu tu nampak lah Ashraf ngn Bunga. huhu Kalau takde Ashraf Sinclair tu sure kalau terlanggar bahu x kenal si Bunga tu.

Ok, masa beratur, Issey kata tgk Senario lah. Dia cakap KAMI sure x best. Akak cakap mana tau? Dia cakap pasal pelakun dia x kenal pun.huhu Dia tgk kat The Making cam x best.SO kita orang cakap jangan nak mengada, malam ni tgk KAMI sure nanti dia sukanya tengok.

Masuk panggung tengok lengang je.Ye lah tgk pun dah kul berapa kan.Pastu kita orang duduk lah kt seat kapel tu. Sorang duk dua seat.Muahahhaaa. Kerusi lagi banyak dari penonton. Sedih gak psl panggung seblah cerita Senario cam full aje.

Sorilah cerita sebelum movie ni yang panjang nya kannn. hahahhaa

Pendek kata cerita ini sangat lah bagus sesangat.

Watak2 Ali, Abu,Lynn,Adie dan Sofie sungguh berkesan. Since dah kenal dia orang dari masa siri kt 8tv tu lagi, maka cerita ni lagilah best untuk di tonton.

Watak baru yang di tonjolkan kali ni is boy,kawan lama Lyn dari kampung dulu. Dia ni jahat giler. Pandai amek peluang nak goda balik Lyn buat kerja2 jahat dan juga menghasut kawan2 Lyn pulak. grrrrrrr

Yang lagi akak berbulu is kawan Boy ni. Geramnya tengok muka dia. Tau x napa? Pasal mamat ni berlakun dalam cerita LIMA kat Astro masa bulan puasa hari tu. Dalam cerita tu dia jadik bapak ayam. uwaaaa kesian Ana. Pasal tu akak tak boleh tengok muka mamat ni. Geram sungguh atas apa yang dia dah buat kat Ana. Muahahhaa ye lah ni semua cerita je kan tapi kan macam real je ler.

Buat yang tidak menonton lagi KAMI pergilah menonton,u wont regret it. Ada lagu 'Lagu Untukmu' kumpulan Meet Uncle Hussein. Tak tahan tak tahan......hehehehe

Sori lah saya tak nak kasik spoiler cerita ni. Tapi kalau nak tau gak p lah ke blog Ajami. Saya amek poster ni pun dari Blog dia. Thanks Ajami ;)


p.s Kesimpulannya :

1. Issey cakap, best lah cerita ni. huhu
2. Tiket hari Rabu kat Pavillion tak murah ler.babab si Lan ni.
3.
Korang tgk lah sape mamat ni kawan Boy yang akak tak suka tu tau.huhu
4. Ending dia mcm tu camne nk buat KAMI sequel ek. uwaaaaaaaa
5. Nak tau cerita dia camne pi je kat Blog AJAMI.
6. Persahabatan mereka dalam KAMI reminds me of PFS n Da VOM
6. Cerita ni mesti tonton ok.

7 comments:

eleza737 said...

panjanggnyerrrrrrrrrrrr..!!!!

nnt sy free sy khatamkan yer kak..

(komen karena dipaksa komen) =))

Abby ♥ said...

panjang pon bukan psl citer KAMI, tapi psl kami nak tgk KAMI, ahahahahaha. Bila tah nak tgk citer nih

AZ at Work said...

muahahaha panjang apa nya.huhu

ye lah abby, ni mmg cerita pasal KAMI lah. :D

P lah tgk. u wont regret it

waiem said...

Tak ajak pon kami tengok *menjeng* ;p

eleza737 said...

alamak..!! sy x tgk drama kat 8tv tu..
kalau tgk muvie best ke..??

AZ at Work said...

alamak sowi adik waiem. jum2 kita pi tgk lagi. ;)

adik eleza,ok saja kalau x tgk. lebih misteri mcm tu n buat awak nk beli cd siri tu nanti pas tonton movie dia.

Ajami Hashim said...

tQ link-kan my rev yg memandai itu ;-)