10 February 2009

Beriadah Sambil Menderma melalui Tabung NSTP untuk GAZA anjuran Da VOM

















Alhamdulillah, misi tercapai.

Pada 8 Feb 09, kami, Da VOM berjaya menganjurkan aktiviti Riadah sambil Beramal melalui Tabung NSTP untuk GAZA.

Aktiviti ini selain dari Da VOM, dihadiri oleh ahli-ahli Kelab peminat lain juga.Antaranya :

Stacy Frenz
Saida FC
Shawal FC
Shano FC (Shawal & Noni)
Toi FC
Tasha FC
Kefli FC




Da VOM tetap utuh



Saida FC OKlah tu!




Stacy Frenz Hoyeh Hoyehh




Riz Angels berbaju kurung




Shawal FC




Toi FC



Kose (Stacy Frenz), Muz (Riz Angels) KA (Da VOM) dan Ejam (Saida FC)


Satu Family



Kokoque bersama Mila




Da VOM & Mila




Mila kutip derma kat para pengunjung Pangsun





mari kira duit (gayakan aje) huhu


Ni baru kira betul2.huhu
Berbagai aktiviti di adakan pada hari tersebut. Dapatlah saling mengenali ahli-ahli fc yang lain yang sangatlah sportingnya.

Ingat lagi tak nama team2 ini :

Hoyehh Hoyehh
Ada aku kisah
Ermmm
Apa-apa aje lah

tahniah kepada team Ada aku kisah memenangi tempat pertama dan juga kepada team2 lain yang ada good team spirit. huhu
Hadiah-hadiah disumbangkan oleh FC yang hadir berupa hamper yang di beli di supermarket dan juga barang2 merchandise FC.

Selain Mila, Diddy turut serta bersama Nurfatimah pada hari tersebut. Kami di hiburkan dengan persembahan dari Mila dan tak kurang juga pasangan duet Diddy dan Nurfatimah sambil di iringi oleh petikan gitar oleh Abg Is.

Mila turut pergi ke pengunjung2 Pangsun pada hari itu untuk menambahkan lagi kutipan tabung. Alhamdulilah, sambutan dari para pengunjung amatlah bagus dan bermurah hati. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kutipan pada hari tersebut adalah sebanyak RM2,264 hasil dari sumbangan para artis yang hadir, para ahli-ahli FC yang hadir pada hari itu dan juga ada dikirimkan (thanks Shano FC yang tidak dapat hadir tapi sempat mengirim sumbangan) dan tidak lupa juga sumbangan dari pengunjung2 Pangsun.

Oleh kerana Tabung NSTP dilanjutkan ke tarikh 7 Mac 09, kami Da VOM akan teruskan kutipan sehingga tarikh tutup itu.

So, sesiapa yang dermawan dan ingin turut serta menyumbang, sila lah beritahu kami okey.

Akhir kata, walaupun aktiviti ini dirancang secara mengejut, huhu, Alhamdulillah, misi kami tercapai.

Terima kasih kepada semua.

p.s untuk gambar-gambar yang lain sila ke VP dan donat sedap dan juga kose huhu dan diddy juga di blog2 Fc yang lain. Wahhh

tambahan cerita n foto di sana sini -- agogo trek