17 February 2009

Mari ke Masjid As-Syakirin KLCC


Jika anda berada diantara Jalan Pinang dan Jalan Stonor, Kuala Lumpur, anda pasti akan dapat melihat sebuah masjid tersergam indah di sebelah bangunan pencakar langit Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Biarpun saiznya tidak besar dan terletak ditengah-tengah bandar dengan segala kesibukan warga kota, Masjid As-Syakirin telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk datang beribadah mahupun menghadiri pelbagai seminar yang dianjurkan saban minggu.

Masjid ini dahlunya kepunyaan Petronas. Ia merupakan sebuah surau untuk kegunaan warga kerja Petronas di bangunan KLCC. Namun, lama kelamaan fungsinya diperluaskan dan para jemaah semakin bertambah. Apabila sembahyang jumaat turut diadakan di sini, pihak Najlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil alih sekaligus menaikkan taraf surau kepada masjid. Tugas-tugas pentadbiran masjid telah diambil alih oleh pihak MAIWP sementara kerja-kerja menyelenggara masih lagi di bawah penyeliaan Petronas.

Pelbagai Aktiviti

Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak masjid. Antara program utama masjid ialah kuliah zohor yang diadakan setiap hari kecuali sabtu dan ahad, kuliah jumaat pada setiap hari jmaat dan pengajian kuliah berkitab yang diadakan sekali seminggu. malah, pada setiap hari sebelm masuknya waktu zohor, sedikit sesi tazkirah dijalankan untuk para jamaah yang datang bersembahyang. Selain tiga program utama yang disebutkan, pihak masjid juga turut menganjurkan program qiamullail setiap bulan. Selain itu, turut diadakan ialah keras taranum oleh ustaz yang dijemput khas daripada institusi agama di Kelantan. Kelas taranum ini dianjurkan dua kali sebulan. Selain program ibadah khusus, pihak masjid juga tidak ketinggalan menganjurkan program-program berbentuk keilmuan seperti forum seminar dan sebagainya.

Pengalaman sebelum ini menunjukkan setiap kali pihak Masjid As-Syakirin mengadakan aktiviti seperti forum Maal Hijrah, kem hafazan remaja dan lain-lain, sambutannya sangat menggalakkan. Untuk tahun 2006 ini, pelbagai aktiviti ilmu telah dirancang antaranya ialah ceramah Maulidur Rasul, forum israk mikraj, program Smart Solat, Seminar Wasiat & Harta Pusaka, Klinik hafazan al-Quran, Diskusi kitab, kursus pengendalian jenazah, Qiamullail Merdeka, Seminar Keibubapaan dan Ihya' Ramadhan.

Pengindahan Masjid

Jika dilihat dari luar, Masjid As-Syakirin kelihatan nyaman dan damai. Mungkin kerana masjid ini terletak betul-betul di tengah-tengah kota raya, maka aspek keindahan dan kecantikan masjid menjadi keutamaan. Kebersihan masjid juga jelas terserlah. Bagi mereka yang datang ke sini, kasut serta selipar perlu diletakkan pada rak-rak khas yang telah disediakan oleh pihak masjid. Pada setiap hari, sebelum masuknya waktu zohor, pekerja-pekerja pembersihan oleh kontraktor yang telah dilantik akan membersihkan seluruh kawasan masjid. Bagi para jemaah yang pertama kali datang ke masjid ini, mereka pasti terpegun melihat kehijauan yang mewarnai kawasan sekitar masjid. Hal ini kerana di sebelah masjid ini terdapat sebuah taman yang cantik dan menyegarkan. Faktor lain ialah masjid ini berdekatan dengan bangunan dan taman rekreasi KLCC.

Kemudahan yang tersedia :

1. Sebuah dewan yang boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini juga diadakan seminar, majlis akad nikah dan sebagainya.

2. Kemujdahan P.A System seperti LCD dan projektor

3. Bilik mesyarat

Petikan dari : http://wakaf.org/klccweb/modules/latarbelakang/


Berbagai aktiviti di jalankan di sini. Sebenarnya nak dapatkan terutamanya remaja datang ikut serta aktiviti tidaklah mudah.
So, apa kata kita rajin-rajinkan diri turut serta sekiranya berkelapangan. InsyaAllah akan di umumkan di sini aktiviti2 yang akan di anjurkan.