27 November 2008

26 November 2008

Cun

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kenal siapa dalam iklan ini? Siapa model tu dan siapakah jurugambarnya?

Siapa lagikannnn. :)

Iklan - kami sedia merakamkan gambar anda di sebarang majlis atau event.
Wedding, pertunangan, nikah, hari jadi, kenduri, annual dinner, profile etc2.

Sila layari http://azphoto.fotopages.com ataupun hubungi 017-6256 785 untuk keterangan lanjut.


POWERRRRR UP

Pada 14-16 November yang lepas, kami,18 of us (satu ofis) telah pergi ke Team Effectiveness Skill Programme anjuran Beyond Infinity Solutions (M) Sdn. Bhd. Facilitator dia Puan Zareena n En Ikhuan.

Memang seronok sesekali dapat keluar dari ofis dan jadi macam budak2 balik.huhu

Kadang2 kita terlupa macam mana nak HAVE FUN.So, program ni mengajar kita bagaimana nak have FUN disamping meningkatkan lagi value kita serta menanam sikap kerjasama antara rakan kerja kita dan mcm2 lagi.

Tentatively, program ni telah berjaya (walaupun bukanlah 100% lahkan)mengubah persepsi rakan2 ofis saya terhadap company dan juga sesama kami sendiri. InsyaAllah dengan pertolongan Zareena n Ikhuan yang berterusan dan juga diri sendiri yang ingin berubah menjadi manusia yang lebih berguna,positif,komited dan byk lagi lah saya pasti kami akan menjadi satu team yang berjaya. Amin

Thanks to Nicolas Orange (my boss) yang beri kami peluang ini. ;)

Oh ye di sana bermacam2 jenis permainan ada yang kesemuanya membuat kita berfikir dan perlukan team work untuk jayakan nya di samping have fun lah kan.Memang seronok rasa cam budak2 je huhu.

Program ini sangatlah direkemen kan kepada mana2 company kerana bagi saya ia berkesan dan amat positif tapi kita sendiri kenalah involve dan mahu berubah.

Meh saya bagi iklan percuma :

Klik Sini
BEYOND INFINITY SOLUTIONS (M) SDN BHD
(796573-H)
Zareena Aziz
HP: 012 224 0128
1005 Block B Level 10 Phileo Damansara 1
9 Jalan 16/11
46350 Petaling Jaya
Selangor
Phone: +60 3 7666 1155
Fax: +60 3 7660 9393



So tgk je lah gamba2 ni ek sebahagian nya di ambil oleh ahkak ler siapa lagi dan juga gambar dari kamera Ikhuan. Ikut hati nak ambil banyak tapi Zareena bagi warning, hahahhahaha. "Ni nak jadik kamerawoman ke nak join program ni".(errr dialog ni sy tambah sendiri ler)...

Enjoy!
Photobucket










































25 November 2008

Perjanjian Persefahaman MC Voices & Maestro












Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO

(Kenyataan AKhbar)

20 October 2008 - Setelah lebih setahun syarikat ini
di tubuhkan,
Mila Jirin, pemenang AF5 ini mengambil
langkah setapak lagi
dengan memeterai perjanjian
persefahaman kerjasama dua belah
pihak antara
syarikat milik beliau iaitu
MC Voices & Stars
Sdn Bhd dengan syarikat pengurusan beliau iaitu
MAESTRO Talent
and Management Management S.B

Antara kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah
pihak ialah
saling bersepakat dalam menjana pendapatan
yang berkaitan dengan
MILA dan juga bekerjasama di
dalam projek- projek khas dan

penerbitan album atau single beliau akan datang.

Perjanjian ini di meterai di antara rakan kongsi dan
juga
pengerusi MC Voices & Stars iaitu Encik Bernard
Cheah
, dengan Encik Freddie Fernandez bagi pihak
MAESTRO Talent and Management

di pejabat MAESTRO. Mila turut hadir di sesi
tandatangan itu.


“Harapan saya perjanjian ini akan menjadi titik
tolak untuk
mengembangkan sayap Mila ke tahap
seterusnya dan juga memberi
peluang kedua belah pihak
untuk bekerjasama dengan lebih erat

lagi. Saya berterima kasih kepada pihak MAESTRO
kerana memberi
peluang kepada Mila untuk memberi lebih
input di dalam kerjaya

beliau sendiri”, kata Encik Bernard Cheah.

Antara rancangan terdekat kedua belah pihak ialah
mengeluarkan
album Karaoke Persis Mutiara Mila yang
akan di edarkan dalam bulan

November nanti di mana terdapat di dalamnya 8
buah lagu-lagu dalam

bentuk karaoke dari album Persis Mutiara .

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ireani Yaacob

Advisor/Consultant

bagi pihak

MC Voices & Stars Sdn Bhd

012-3775011

ireani@gmail.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Tahniah Mila.
Muga bertambah maju hendaknya.Amin



p.s Sempat bergambar juga dengan Bernie,Ruby, Bekham& Ireani sebab berada di Maestro juga atas urusan lain. SMILE

Many faces of Mila

Photobucket

02 November 2008

Selamat Hari Jadi Lan






Selamat Hari Jadi

Hari ini adalah hari jadi 'adik' saya, Lan. :D Hepi Bday Lan.
Mugapanjang umur dan dimurahkan rezeki.Temu jodoh dan
tercapaiimpian awak hendaknya yer.,InsyaAllah.


Lan adalah sebahagian dari ahli PFS yang saya kenali
di sebabkanAkademi Fantasia. Segalanya bermula kerana AF.
Di ruangantag board SM kami bersembang almost hari2 dengan
geng2 yanglain. Apa khabar PFS yang lain?


Mana Tokin(Tokin jangan menjeng,kesilapan teknik sajo.
huhuhu
), Vad,Naruto,Lanun,ADB,Antu,Elya,Waiem,Poi,Iffa,
Ted,Ijin,Ijip,Aject,Ogy dll. Ya masa AF1,kira-kira 5 tahun yang
lalu. Lama dahtu kan. Muga persahabatan kita berpanjangan. Amin
Plan nakbuat seprais bday utk Lan semalam.So msg lah Ling,Nurt,
Bek,Wan,shidi,jimboq suruh dtg kul 11 nk pi sepraiskan Lan.







eeeee seramnyaaaa


Pastu tukar plan jumpa je pukul 8mlm sebab nak pi Lanai
Seni kat IB. Setiap sabtu malam, di perkarangan tempat
letakkereta Istana Budaya (IB), akan diadakan gerai2 makanan
sambildi hiburkan dengan persembahan life band dianjurkan oleh
IBataupun badan kebudayaan yang lain. Seronok sangat lepak kat
sini.Gambar lain kali lah letak ek. Gerai2 dia ada jual roti bakar,
telur 1/2 masak,nasik lemak singgit,tahu bakar, air buah, buahan2 dll.
Hargadia berpatutan apatah lagi kita dihiburkan oleh persembahan
daribeberapa artis dan juga penari. Setiap minggu bertukar artis dan
juga konsep,walaupun artis dia taklah artis2 terkenal sangat tapi boleh
lah.Yang penting terhibur.kannn

Minggu lepas bertuah sangat sebab REM menjadi artis jemputan
mereka. Ok. Sambung kisah bday Lan ni….. Sampai di sana, Lan,bek,
wan n oja,ling n nurt dah sampai. Ahkak datang dgn anak2 sekali.
Sejurus kemudian Shidi pun sampai. Kalau issey ada,sure dia join gak.
Takpelah issey,lain kali je ok. Dekat pukul 11mlm lan dah resah gelisah.
Ada match MU malam tu. So, buat2 bengang lah dgn dia ckp jangan
pi tgk bola lah hari tu. Tapi hati dia dah ke MU so ahkak ckp pi lah.
ahkak nak tunggu situ lagi. Pastu nk blk umah terus. Nampaklah muka
Lan cm sedih je x nk raikan bdaydia malam tu.huhu





Senyum sambil potong kek

Dekat pukul 11.30 kita orang bertolak ke MC Donald Ampang Park.
Dah pakat dgn shidi suruh lan amek pot baik punya.Kami sampai
di sana terus pasang lilin dan nyanyi lagu bday dari belakang. Lan
ckp dalam hati dia bila dengar org nyanyi lagu bday dia ingat utk
org lain n kebetulan sama hari dgn dia.Rupa2nya utk dia. hehe
Upacara potong kek dan calit mencalit bermula. hehehe



Bergambar dengan kek.huhu


Kami stay sekejap tgk match MU abis dulu. Tahniah MU menang 4 3.
Sib baik menang. Hadiah lah tu utk Lan. Lepas tu beransur pulang
dengan misi seterusnya dalam kepala. huhuhuhu Lan,ling,nurt pi
beli burger comot dulu. Akak balik tunggu mereka kat rumah.Bila
dia orang sampai, akak terus tanya nurt, mana dia menda tu?
hahahhaha ling ckp macam mintak dadxx aje.huhu




Shidi mulakan upacara sambil nurt tersengih keriangan





Lan terpaksa redha je. :D


Lepas tu acara baling tepung pun bermula. Dah lah dekat pukul
2 pagi + masa tu. Kecoh sampai anjing2 jiran pun menyalak.
Sampai abg Is pun terjaga dari tidur.




eh eh cam pentomim aje

Memang havoc sgt masa tu cam perang tepung. Tergelak2 kami
tgk Lan kena attack tapi semua pun kena attack balik. Adehhhh
memang sakit perut.





peaceee. Lan transfer sket tepung kat Ling.






Mission accomplished



Dah habis tu terpaksa dia orang tumpang mandi nak menghilangkan
kesan2 tepung. It was really a happy moment dan sangatlah kelakarnya.
Muga kita dapat menyambut hari jadi bersama lagi di lain kali,
insyaAllah.

Buat Lan, Thanks being a brother to me.Really appreciate the frienship.

30 October 2008

MALAM KEMUNCAK AIDILFITRI BERSAMA BINTANG AKADEMI FANTASIA

Semalam bertempat di Dewan Toh Puan Rahah, Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak di Bukit Bintang berlangsungnya majlis Kemuncak Aidil Fitri bersama Artis2 AF.Ada MILA, Mawi, Stacy, Zahid, Faizal, Farah, Dafi, Heliza, Saida, RIZ, Nadia,Toi, Nubhan, Zila, Marsha dan Shawal.


Mila di tempatkan di table premier di mana harga per table is RM3,000! Alhamdulillah kerana MC Voices sudi menaja Da VOM sebahagian dari harga meja tersebut. Terima kasih daun keladi. ;)

Majlis ini katanya di adakan atas permintaan fan club ingin Maestro menganjurkan majlis di mana artis2 AF turut di undang.Katanya lah. huhuhu

Kami mendapat table yang sangat strategik iaitu bertentangan dengan stage dan di belakang kami ialah meja buffet.huhu. Tapi memandangkan kami duduk di meja premier, maka makanan kami di hidangkan. Ada nasi beriyani (sangat sedap nasi n lauk2 dia),ada sate,lemang,nasi himpit,rojak kueh mueh dan buah2an.






Ada mcm makan yee sang tak?

Malam itu Da VOM memang happening giler lah.Bila Mila naik ke pentas untuk menyanyi solo, apa lagi kami pun turut lah memberi sokongan.
























Mila nyanyi lagu raya...
















ewahhhh da VOM turut menari


Da VOM menari di tepi meja. Mila tak tahan terus join kami. Masa tu memanglah jadi perhatian semua kan. Apa lagi klik2 lah orang amek gambar kami menari sekali. hahahahaha



















































Keseluruhan majlis menjadi meriah kerana gabungan Da VOM dengan Riz angels yang havoc.huhu

Lepas abis majlis, kami still stay pasal nampak makanan banyak lagi. So apa lagi kita org makan lah lagi sambil temankan org2 maestro makan.










































Cantek tak jariku. :D


Yang paling best, meja Da VOM, 3 org menang lucky draw. Ahkak, Lan dan Jimboq. Lan dan Jimboq dapat baucer lunch ke seri melayu,menara KL. wahhhh

Ahkak dapat cincin emas tajaan Habib Jewel. Terima kasih habib jewel. :D
Tapi sebenarnyakan, masa mula2 dia org announcelah hadiah apa dapat. Bila sebut ada DVD player, mula lah ahkak cakap nakkkk pastu tiba2 announce barangan sony plak, yang tu ahkak punya gak lah, pastu ada barang habib jewel.Wahh mula rambang mata. muahahahhaa. Tiba2 kan dia announce nombor 0601. Tiba2 cam blur tak perasan nombor ahkak di sebut (walaupun gerak hati berkata cam ada can je nak menang lucky draw malam tu) Alhamdulillah.

Bila naik ke pentas tunjuk no kad tu kena tunggu. Bila dia hulurkan dvd player, ingat tu lah hadiahnya. Rupa2nya utk orang beratur depan. (Dia panggil no sekali banyak so sekali lah orang datang tuntut hadiah kat pentas tu.

Anyway syukurlah dapatkan. Perbincangan di meja bermula lah, ada cakap napa akak tak mintak je dvd player tu dari dia org.hehe Ada yang suggest jual je cincin tu beli dvd player. Senang nanti nak karaoke kannnn

Akhinya, ahkak ambil keputusan utk simpan je hadiah tu. Kenangan tu kannnn

21 October 2008

Saksikan KAMI beraksi. huhuhu





Suasana Hari Raya



Sketsa Da VOM



Jangan Pisahkan Da VOM dan Mila



Da VOM lebih tahuuu

15 October 2008

KAMI the MOVIE




Sebuah filem Malaysia yang boleh di banggakan sangat2.

Rasanya ramai tahu filem ini adalah kesinambungan dari 8 siri di 8TV rasanya setahun yang lepas.8tv patut berbangga menayangkan cerita2 yang bagus. Siapa ingat cerita Ghost? Alaa yang Cheryl Samad berlakun tu dgn antu dia mamat ada tahi lalat kat atas bibir.huhuhu

Cerita Ghost pun best sgt2.

Tapi hari ni saya nak buat entry pasal Movie KAMI ni.Filem ini mula di tayangkan pada 1 Oct 08 i.e Raya pertama yang lepas dan masih lagi di tayangkan sekarang.

Lan cadangkan tengok hari rabu minggu selepas raya tu pasal rabu tiket murah sket. SO pagi rabu tu saya tanyalah sapa2 yang ada nak join x tgk citer ni. Excited sangat ni. huhu

Ling tak boleh pasal dia demam. Shidi keja.Beck cakap dia dah janji ngn kawan.Issey mula2 kata kena jaga anak sedara pasal kakak dia sakit.So, hampir2 lah kensel dan tiba2 petang tu saya pulak rasa nak demam selesema.Malam tu Lan datang jemput kat opis.Issey pun datang. Kita orang pi makan mihun kat Nagasari. (Sedap siut mihun goreng kat sini. Thks Zahari kenalkan mihun goreng ni.huhuhu)

Masa tu borak2 pastu cakap x jadi lah tengok. Tak sihat so sejuk nanti kt dalam panggung. Lan cakap amek aje baju kat opis. SO singgah lah balik kat opis.

Pastu kita orang gerak ke Pavilion.Masa tunggu tu nampak lah Ashraf ngn Bunga. huhu Kalau takde Ashraf Sinclair tu sure kalau terlanggar bahu x kenal si Bunga tu.

Ok, masa beratur, Issey kata tgk Senario lah. Dia cakap KAMI sure x best. Akak cakap mana tau? Dia cakap pasal pelakun dia x kenal pun.huhu Dia tgk kat The Making cam x best.SO kita orang cakap jangan nak mengada, malam ni tgk KAMI sure nanti dia sukanya tengok.

Masuk panggung tengok lengang je.Ye lah tgk pun dah kul berapa kan.Pastu kita orang duduk lah kt seat kapel tu. Sorang duk dua seat.Muahahhaaa. Kerusi lagi banyak dari penonton. Sedih gak psl panggung seblah cerita Senario cam full aje.

Sorilah cerita sebelum movie ni yang panjang nya kannn. hahahhaa

Pendek kata cerita ini sangat lah bagus sesangat.

Watak2 Ali, Abu,Lynn,Adie dan Sofie sungguh berkesan. Since dah kenal dia orang dari masa siri kt 8tv tu lagi, maka cerita ni lagilah best untuk di tonton.

Watak baru yang di tonjolkan kali ni is boy,kawan lama Lyn dari kampung dulu. Dia ni jahat giler. Pandai amek peluang nak goda balik Lyn buat kerja2 jahat dan juga menghasut kawan2 Lyn pulak. grrrrrrr

Yang lagi akak berbulu is kawan Boy ni. Geramnya tengok muka dia. Tau x napa? Pasal mamat ni berlakun dalam cerita LIMA kat Astro masa bulan puasa hari tu. Dalam cerita tu dia jadik bapak ayam. uwaaaa kesian Ana. Pasal tu akak tak boleh tengok muka mamat ni. Geram sungguh atas apa yang dia dah buat kat Ana. Muahahhaa ye lah ni semua cerita je kan tapi kan macam real je ler.

Buat yang tidak menonton lagi KAMI pergilah menonton,u wont regret it. Ada lagu 'Lagu Untukmu' kumpulan Meet Uncle Hussein. Tak tahan tak tahan......hehehehe

Sori lah saya tak nak kasik spoiler cerita ni. Tapi kalau nak tau gak p lah ke blog Ajami. Saya amek poster ni pun dari Blog dia. Thanks Ajami ;)


p.s Kesimpulannya :

1. Issey cakap, best lah cerita ni. huhu
2. Tiket hari Rabu kat Pavillion tak murah ler.babab si Lan ni.
3.
Korang tgk lah sape mamat ni kawan Boy yang akak tak suka tu tau.huhu
4. Ending dia mcm tu camne nk buat KAMI sequel ek. uwaaaaaaaa
5. Nak tau cerita dia camne pi je kat Blog AJAMI.
6. Persahabatan mereka dalam KAMI reminds me of PFS n Da VOM
6. Cerita ni mesti tonton ok.