04 July 2008

Happy Bday Yana, Kungfu Panda dan Celup2

Wahh banyak citer dalam satu entry ni.

Firstly, Happy Bday to Yana my daughter. Yana dah 10 tahun pada 3 July 08. Sehari sebelum US independent day. Apa kaitan pun ek. huhu

Diam tak diam dah besar anak2 ku rupanya. Semalam bawa mereka tengok wayang cerita Kungfu Panda di MBO, Galaxy Ampang. Sampai di sana pukul 8.05pm terus beratur beli tiket. Mula2 risau tiket dah habis, rupa2nya ada lah dalam 4 baris je orang dalam panggung. Belah depan kosong. :D

Photobucket

Masuk panggung sebelum cerita bermula, Ling bagi makan kurma beralmond. Masa makan tu cam terpikir gak tang mana almond dia, rupa2nya bijik dia tu yang almond tapi dah terbuang. Uwaaaa, Ling tanya makan ke almond tu baru tau ku sangkakan bijik rupanya almond. Aaaa Ling sila bagi lagi yer kurma tu. :D.

Ok lepas tu saya telah diberi warning jangan tidur dalam panggung. Muahahaha tu lah dulu pernah tertidur dalam panggung dek kepenatan tapi nak juga outing dengan budak2 maka tertidur lah maknya.

Ok, bagus cerita ni menghiburkan di samping memberi nasihat. Moral of the story, jangan sangka badan besar macam Po, anda tidak berstamina dan dapat melawan penjahat macam Tai Lung tu. Sekiranya kita ada impian/goal dan memang betul2 mahu mencapai impian kita, pasti ada jalannya. Kena usahalah kan di samping jangan cepat putus asa dan biarkan orang di sekeliling kita menentukan destini kita sendiri. Dengar tu anak2. Aaaa jangan lupa exercise pi gym. huhu

Habis saja cerita maka kami pun berlepas ke gerai celup2 berdekatan dengan Restoren Bisik dan berhampiran dengan Ampang Park. Ni pertama kali bawa budak2 join makan celup2. Ada yang suka ada yang kureng. huhu Namun saya, lan dan Ling makan dengan semangatnya. hehe

Photobucket

Teringat dulu yang kenalkan saya ke celup2 ni ialah my ex sister in law, Niza. Dia memang suka makan menatang ni. Thanks Niza kerana mengenalkan saya ke dunia celup2. Yang bagusnya penjual ni orang Melayu. Biasanya orang Indon yang memonopoli industri ni. hehe

Oh yer, hari ni baru nak potong kek Yana sebab semalam tak kesempatan. Memandangkan bapaknya balik kampung. Takziah kepada keluarga Arwah Ayah Lang yang telah kembali kerahmatullah pada awal pagi 3 July 08. Muga bersemadi dengan aman dan rohnya di cucuri rahmat. Amin.

To Yana, Happy Birthday my sweet daughter. You can be like Po too I mean have those courage and never stop dreaming and aim to achieve your dream ok. Love U.

Photobucket

Photobucket
baru perasan yana lahir sama tahun kes DSAI.huhu


Photobucket

Photobucket

Photobucket
Suap jgn x suap
Photobucket
KA n the furious 5. :D

4 comments:

Anonymous said...

Pesssssss...!

Epi Besdey Yana!! Rajin2la tulis diary.. huhu

AZ at Work said...

aaa Lan, yana pandai tulis cerita dalam diary dia. Siap ada smiley tu. :D

Anonymous said...

Alamak.. dah 10 taun dah Yana? Macam tak percaya je.. epi besdey Yana! Semoga panjang umur murah rejeki danjadi anakyang solehah okeysss!

Abby ♥ said...

Hepi Buffday Mop Lantai
ahahahha, kidding

Hepi Buffday dear Yana Buas itewww
Jgn susahkan umi yer, belajar rajin2, tulis diary tuh jgn benda mengarut, baca buku byk2, solat jgn tinggal

Eh sape Umi, aku ke KA nih?
agagaggaga